Wednesday, June 13, 2007

Motivasi Seorang Jurujual.

Sebagai seorang affiliate marketer di internet, anda sebenarnya sama sahaja seperti jurujual di dunia luar. Seorang jurujual perlu mempunyai beberapa sifat dan sikap yang penting untuk berjaya. Antaranya adalah :
Kesungguhan.
Memang tidak dapat dinafikan kesungguhan amat penting untuk berjaya. Sekiranya anda bersungguh-sungguh memasarkan produk anda dengan cara yang betul, saya percaya usaha anda akan mendapat pulangan yang berbaloi.
Teknik yang betul.
Sepertimana yang disebut sebentar tadi, anda harus memasarkan produk anda dengan cara yang betul. Menggunakan teknik yang salah hanya akan merugikan anda dan usaha keras anda selama ini akan jadi sia-sia.

Permulaan Blog..

Syukur kerana akhirnya blog ini dapat dibina. Motif utama pembinaan blog ini adalah untuk membantu affiliate marketer baru di luar sana untuk mempelajari ilmu pemasaran. Blog ini ditulis hampir 90 peratus dalam bahasa melayu untuk memudahkan anda terutamanya rakyat Malaysia untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan. Saya cuba tulis post saya dengan ringkas dan padat supaya segala isikandungannya dapat difahami seterusnya dapat diaplikasikan untuk kebaikan anda. Semoga anda memperoleh seberapa banyak manfaat daripada blog saya ini. Sekian.